Tuesday, 24 November 2015
Aktiviti Membuat Kek Pelangi
Cara-cara membuat kek pelangi
1.
Kanak-kanak
meletakkan gula dan planta ke dalam bekas.
2.
Kanak-kanak
memutar gula dan planta.
3.
Kemudian
kanak – kanak meletakkan telur sebiji demi sebiji.
4. Kanak
– kanak meletakan tepung ke adunan yang diputar tadi.
5. Adunan
yang telah siap.
6. Kanak-kanak
mengasingkan adunan tadi ke tiga bahagian dan meletakkan warna merah dan hijau.
![]() |
cantik la warna hijau ni.. tak sabar nak rasa.. hehe |
seterusnya..
7. Kanak-kanak
menyapu planta ke acuan.
8. Kanak-kanak
memasukkan tepung yang telah siap kedalam acuan secara berselang seli.
9. Kek
yang telah siap dimasak.
![]() |
Kek Pelangi pun telah masak.. Cantik dan sangat Yummy!!! |
Aktiviti Fizikal Kanak- kanak Tabika
![]() |
Kanak-kanak melakukan regangan. |
![]() |
Kanak-kanak menjalankan aktiviti susup gelung rotan. |
![]() |
Kanak-kanak membawa bola pingpong dalam sudu |
![]() |
Kanak-kanak melakukan aktiviti lerek bola dengan gelung. |
Aktiviti Pemakanan Sihat
Akviti Mengenali Pemakanan Yang Sihat
![]() |
Guru Menerangkan tentang pemakanan Sihat kepada murid-murid |
Aktiviti Membasuh dan Memotong Sayur-sayuran dengan betul
-Kanak-kanak
merendam sayur-sayuran dengan air garam.
-Kanak-kanak
membasuh sayur-sayuran dengan air bersih.
-Kanak-kanak
memotong sayur-sayuran untuk dimasak.
Permainan Tradisional
Nenek-nenek si bongkok tiga~
Nenek-nenek si bongkok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa yang kena dia yang jadi...
hihihihihi...(GELAK NENEK KEBAYAN)
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kahwin dengan anak raja
Cucu-cucu tak dapat lari
Nenek tua banyak sakti
Sekarang nenek nak cari ganti
Siapa yang kena dia yang jadi...
hihihihihi...(GELAK NENEK KEBAYAN)
Gambar hiasan dari google
Korang mesti penah main permainan ni kan masa kecik2 dulu..ni untuk yang berasal dari kampung la..gadis kampung separa bandar pun mungkin penah main mungkin juga tak penah..budak2 bandar...wallahualam...hehe
Seronok bila ingat waktu kecik2 ni..zaman kanak-kanak hingusan..kejar sana kejar sini..main itu main ini..tak perlu nak pikir ape orang besar kena buat..tak perlu pikir pasal tanggungjawab lagi..tak perlu hipokrit..semuanya tulus mulus masa zaman kanak-kanak...
Cepat betul masa berlalu...rasanya baru je masuk tahun baru...ni dah hujung tahun dah...nak masuk tahun baru lagi skali pulak tu...apa yang dah dicapai pun tak pasti la..banyak yang tercampak agaknya...apa yang dicari?..pun belum ditemui....hilang punca agaknya..=)
Masa itu emas...tapi masa jugak la menyebabkan kilauan emas tu jadi pudar kalau kita tak pernah nak jaga supaya sentiasa berkilau...
Pokoknya, pandai-pandai la kita mencari jalan supaya kilauan itu tidak semakin pudar, malah sentiasa berkilau sampai bila-bila.
Congkak
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Seronok bila ingat waktu kecik2 ni..zaman kanak-kanak hingusan..kejar sana kejar sini..main itu main ini..tak perlu nak pikir ape orang besar kena buat..tak perlu pikir pasal tanggungjawab lagi..tak perlu hipokrit..semuanya tulus mulus masa zaman kanak-kanak...
Cepat betul masa berlalu...rasanya baru je masuk tahun baru...ni dah hujung tahun dah...nak masuk tahun baru lagi skali pulak tu...apa yang dah dicapai pun tak pasti la..banyak yang tercampak agaknya...apa yang dicari?..pun belum ditemui....hilang punca agaknya..=)
Masa itu emas...tapi masa jugak la menyebabkan kilauan emas tu jadi pudar kalau kita tak pernah nak jaga supaya sentiasa berkilau...
Pokoknya, pandai-pandai la kita mencari jalan supaya kilauan itu tidak semakin pudar, malah sentiasa berkilau sampai bila-bila.
Congkak
Congkak adalah sejenis permainan tradisional Melayu yang sering dimainkan sebagai aktiviti dalaman atau sebagai pertandingan. Lazimnya ia menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan kebiasaannya buah congkak menggunakan biji getah atau guli.
Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.
Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.
Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.
Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati. 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati. Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.
Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".
Berikut merupakan peraturan permainan congkak yang paling biasa:
- Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.
- Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.
- Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.
- Sekiranya tidak terdapat sebarang buah di kampung pemain sungguhpun giliran berada dipihaknya, maka giliran untuk menggerakkan buah akan berpindah kepada pihak lawan.
- Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.
Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.
Subscribe to:
Posts (Atom)