Tuesday, 24 November 2015

Maklumat Tabika

Maklumat Tabika

Tabika Kemas PAKR Kg.Kuala Medang dibina pada tahun 2013.Tabika Kemas PAKR Kg.Kuala Medang telah dirasmikan dan beroperasi pada tahun Ogos 2014.Saya adalah guru pertama yang mengajar di Tabika ini sehingga kini.

Lokasinya terletak di kawasan perumahan awam kos rendah Kg.Kuala Medang.Berhampiran RTC Kuala Medang.Jarak Tabika Kemas dengan bandar Kuala Lipis ialah 38km.Tabika Kemas Kuala Medang dalam kategori bangunan gred A.Berpagar dan selamat.

Mempunyai taman permainan yang lengkap dan menarik.Serta tempah pembuangan sampah turut disediakan.Tabika kemas Kuala Medang juga mempunyai dataran bendera,langkap, kolam,sangkar burung dan kebun dapur.

Pendaftaran akan dibuka setiap tahun pada bulan Ogos.Syarat-syarat pendaftaran ialah murid-murid yang berumur 4,5, dan 6 tahun.Sesi persekolahan bermula 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari pada setiap hari.Iaitu hari Isnin hingga Jumaat.Pada murid-murid beragama Islam digalakkan memakai baju kurung serta tudung manakala murid-murid lelaki berbaju melayu.

No comments:

Post a Comment